DOWNLOAD!Cara Bisnes di FB. Klik sini utk maklumat lanjut

Salam perkenalan

Selamat Hari Raya Aidulfitri kepada semua. Alhamdulilah cuti panjang hari raya sempat saya siapkan satu weblog personal. Sebenarnya niat nak setup ni dah lama tapi oleh kerana ada masalah yang sentiasa menghalang maka tak dapat nak realisasikan impian ni. Sapa sapa pun sebenarnya boleh bina weblog sendiri tetapi nak maintain tu perlukan komitmen jugak. Saya fikir takde guna setup blog tapi tak dapat nak commitkan masa untuk pedulikan blog. Memandangkan sekarang ni Allah telah kurniakan ruang untuk saya , maka boleh lah saya teruskan untuk siapkan satu weblog saya sendiri.
DUWETEPI.COM … Apa ada dengan nama duwetepi.com ni.DUWETEPI atau sebetulnya adalah DUIT TEPI dan DUWE itu adalah nama nickname saya. Insya allah dalam blog ni saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya ada tentang bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan atau duit tepi melalui internet. Yer lah dalam keadaan zaman yang kos semua tinggi ni, ada orang terpaksa untuk mencari duit tepi sebagai income tambahan. Nak buat 2 kerja tak mampu , mungkin ada orang mampu untuk siang makan gaji , malam niaga pasar malam, tapi ada orang tak sehebat tu , jadi internet juga boleh digunakan sebagai satu cara untuk menambah pendapatan. Tapi kena betul lah cara nya . Saya ni bukanlah seorang otai ataupun sifu tetapi boleh lah sedikit sebanyak untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya belajar selama ini. Saya tak menjanjikan apa apa kejayaan. Saya boleh tunjukkan jalan dan konsep , tapi usaha kena ada. Kalau tak nak usaha atau dah rasa cukup maka tak perlulah kata apa apa. Just teruskan saja hidup anda dgn biasa.
Rasanya itu sajalah sebagai intro sebagai pembuka untuk hari ni. Insya allah kita akan bertemu lagi di masa akan datang.

Dengan lafaz basmalah , saya dengan rasmi melancarkan weblog DUWETEPI.COM. jom potong reben dulu …

Comments

comments

Leave a Reply