DOWNLOAD!Cara Bisnes di FB. Klik sini utk maklumat lanjut

Cara mudah close sale

Business people shaking hands, finishing up a meeting

Berikut adalah sedikit teknik mudah utk close sale yg diajarkan oleh saudara Hairul Mohd.

Pembeli ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori

1) yang susah nak berbelanja- Tightwards (24%)

– mereka ini sangat berkira dengan wang yang dibelanjakan

– membeli hanya pada barang keperluan mereka sahaja

– sedaya upaya mengelakkan diri daripada berbelanja

 

2) pertengahan/ normal- Unconflicted (60%)

– kurang merasai “buying pain”

– membeli JIKA harga belian yang dibuat BERBALOI dan MUNASABAH

– kuasa membeli lebih besar daripada golongan tightwards

 

3) spendthrifts- gemar/ suka membeli (15%)

– kuasa membeli sangat tinggi

– membeli apa sahaja yang diminatinya, hobi, jenama

– sanggup membeli pada harga premium untuk kepuasan diri, status dan sebagainya

 


daripada statistik diatas yang dipetik melalui Neuromarketing Roger Dooley:-

maka kita ketahui yang golongan TIGHTWARDS dan UNCONFLICTED ni mendominasi peratusan kategori pembeli.

Jadi bagaimana nak tingkatkan rate closing anda terutama pada golongan Tightwards ni?

Salah satu cara ialah dengan memberikan DISKAUN.


“Tapi boss, HQ tak bagi main harga. Nak buat cammana?”

>> Buatkan teknik PECAHAN HARGA.

Macam contoh harga jualan set muka ialah RM150 untuk kegunaan 2 bulan.

Maka kita boleh pecahkan harga berkenaan mengikut hari. Iaitu 60 hari. Maka belanja sehari cuma RM2.50.

Jadi anda bolehlah pujuk customer dengan ayat begini:-

“RM150 ni tak mahal tau sis. Lagipun RM150 ni untuk kegunaan 2 bulan penuh. Bukan sebulan tau. Sis hanya membelanjakan cuma RM2.50 jer sehari, murah kan?”

 

Comments

comments

Leave a Reply